Friday, March 30, 2012

Bola sepak MSSD

Meskipun jemputan ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang di SK Methodist, Sg. Pelek ialah pada pukul 11.00 pagi, saya serta Mimi; GPK Koku telah bertolak lebih awal untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak SKKW. Kehadiran kami tidak mengecewakan kerana kami dapat sama menyaksi dan meraikan kejayaan anak-anak murid kami yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. 
   Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus. Sesungguhnya kejayaan ini adalah pencapaian terbaik pasukan bola sepak SKKW sejak sekolah dibuka lebih 8 tahun yang lalu. Semoga kita akan mendapat kejayaan yang lebih baik lagi pada tahun depan, Insya Allah.
Gembira atas kemenangan
Laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini

Sunday, March 25, 2012

Majlis Walimah Norihan

Tadi saya dan keluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak teman UPSI - kak Norihan Mohd. Zain yang didakan di Dewan Rumpun Makmur, Jerantut, Pahang. Turut hadir ialah seorang lagi teman kami kak Siti Ruhana dan suaminya; Zaki. Dapatlah bertanya khabar setelah sekian lama tak bersua.
Seronok bersembang dengan penutur jati sekolah kak Ann
 Anak kak Ann - Dian Hana
 Bergambar dengan kak Ruhana dan 2 anaknya
Pengantin dengan adik-adiknya

Saturday, March 24, 2012

MTQ Daerah Sepang @ SKKW

Hujung minggu ini sekali lagi SKKW menganjurkan majlis keramaian. Kali ini ialah Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang 2012 yang melibatkan sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh daerah Sepang. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari; Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Selangor. 
   Ketua Sektor yang baru ini kebetulan tinggal di Kota Warisan, malahan mempunyai seorang anak yang bersekolah di Tahun 6 di SKKW. Selamat Datang ke SKKW dan semoga hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan Tuan KS akan memberi impak positif selaras dengan perkembangan pesat sekolah ini. Insya Allah...
   Antara acara yang dipertandingkan dalam MTQ ini adalah :
1. Nasyid Rendah dan Menengah
2. Bercerita L & P Rendah
3. Syarahan spontan L & P Menengah
4. Hafazan L & P Rendah & Menengah
5. Tilawah L & P Rendah & Menengah
Persediaan sebelum majlis bermula
Melaram dengan GPK
Perbincangan pengacara majlis dengan Penyelia PPD - ustaz Fathony
Nasyid SR diadakan di surau
 Nasyid SKKW sedang menunggu giliran
Persembahan bertenaga nasyid SKKW
Nasyid SM di dewan
Pengacara Nasyid SM - Jat
Berlatih sebelum tiba giliran
Cantiknya baju
Bersama Emi - ustaz SK Taman Seroja
(blog Emi klik di sini)
Persembahan menarik dari kumpulan Nasyid SKTS
Merakam kenangan
Pertandingan bercerita
Hafazan Sekolah rendah
Hafazan sekolah menengah
Tilawah SR
Tilawah SM
Syarahan spontan
Pengacara dan penjaga masa syarahan - Rusnah & Zuana
Tuan Timbalan PPD, pegawai JPN & PPD di bilik operasi
Hakim-hakim sibuk
AJK Statistik
Milah hadir mewakili GB SKDABB
Din & Fairuz - pengacara mantap SKKW
Antara GB dan wakil GB yang hadir
Ketibaan Ketua Sektor
Majlis perasmian penutupan
Ucapan perasmian
Ulasan ketua hakim
Timbalan PPD menyampaikan hadiah SR
SKKW - Naib Johan Nasyid SR
Penyampaian hadiah SM
Johan Keseluruhan SR : SK KLIA
Johan Keseluruhan SM : SAM BBST
Cenderahati perasmi
Persembahan Johan Nasyid SR : SK DABB
Persembahan Johan Nasyid SM : SMK DABB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...